Dakwah Rasulullah
SAW ketika Beliau dalam Perjalanan
Imam Ahmad telah memberitakan dari putera Sa'ad, sedang ayah Sa'ad
sendiri yang menunjukkan jalan ke Rakubah (perjalanan di antara
Makkah dengan Madinah). Berkata putera Sa'ad, bahwa ayahku telah
menceritakan kepadaku, bahwa Rasulullah SAW bersama-sama dengan
Abu Bakar ra. telah singgah di kampungku. Sebenarnya Abu Bakar ra.
ingin melihat puterinya yang kecil sedang disusukan di kampung kami
dan Rasulullah SAW pula inginkan jalan pendek ke Madinah. Berkata
Sa'ad kepada Rasulullah SAW: "jalan melalui Rakubah ini ada
dua orang perompak dari suku Aslam, dikenal orang dengan panggilan
Dua yang terhina!, jika engkau ingin melalui jalan ini, kami
akan menunjukkannya". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak
mengapa, tunjukkanlah jalannya kepada kami!". Berkata Sa'ad
seterusnya: "Kami pun berjalan melalui Rakubah itu, dan apabila
kami dilihat oleh dua orang perompak itu, salah seorang mereka berkata
kepada temannya: "Ini orang dari Yaman, barangkali!".
Apabila kita bertemu dua orang perompak itu, Rasulullah SAW pun
menyeru mereka supaya masuk Islam, dijelaskannyalah kepada keduanya
tentang agama yang diajarkannya. Akhirnya mereka berdua setuju dan
memeluk Islam. "Siapa nama kamu berdua?" tanya Rasuluilah
SAW "Nama kami?". Mereka tersenyum."orang panggil
kami dua orang yang terhina! Barangkali kerana perbuatan kami yang
jahat". "Tidak", jawab Rasuluilah SAW. "Tapi
sekarang kamu berdua dipanggil sebagai dua orang yang dimuliakan,
kerana telah dimuliakan oleh Islam. Kami sekarang hendak menuju
Madinah. Nanti temui kami di Madinah!" Rasulullah SAW berpesan
kepada mereka berdua.
(Musnad Ahmad 4:74; Majma'uz-Zawa'id 6:58)
Pohon Menjadi
Saksi Pengislaman seorang Badui
Abu Abdullah
An-Naisaburi (Hakim) telah memberitakan pula dari Ibnu Umar ra.
katanya: Semasa kami bersama dengan Rasulullah SAW dalam suatu perjalanan,
tiba-tiba kami ditemui oleh seorang Arab badui. Apabila kami berhampiran
dengan badui itu, berkata Rasulullah SAW kepadanya: "Hendak
ke mana, wahai teman?!". "Hendak kembali ke kampungku",jawab
badui itu. "Mahukah engkau jika aku tunjukkanmu kepada yang
baik?". "Apa itu?", tanya si badui. "Engkau
bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah saja, yang Esa, tiada
sekutu baginya, dan bahwa Muhammad itu adalah hambanya dan UtusanNya",jawab
Rasulullah SAW. "Siapa yang menjadi saksi atas apa yang engkau
katakan itu?", tanya badui itu. "Engkau mahukan saksi?
Engkau tak percaya kepadaku?!". "Ya, kerana aku tak kenal
padamu!", jawab badui itu. "Baiklah", jawab Rasulullah
SAW lagi. "Cukupkah jika pohon itu menjadi saksi?!", sambil
beliau menunjuk kepada sebatang pohon yang berdekatan dengan karni.
"Pohon menjadi saksi?", mata badui itu terbelalak, dia
tertawa. Maka Rasulullah SAW pun memanggil pohon yang tumbuh di
lereng lembah bukit itu supaya datang. Lalu pohon itu pun datang
menyeret dirinya satu-satu hingga berdiri di hadapan badui itu.
Dan beliau meminta kepadanya supaya menyaksikan bahwa apa yang dikatakan
beliau itu adalah benar dan betul. Pohon itu lalu bersaksi dengan
jelas, kemudian dia kembali semula ke tempatnya di lereng bukit
itu. Orang badui itu terperanjat, dan tidak terkata-kata lagi. Kami
juga merasa heran, namun begitu kami tahu yang berlaku itu adalah
tanda mukjizat Rasulullah SAW. "Kalau begitu, aku percaya kepadamu!",
jawab badui itu. Dia pun kembali ke kampungnya, sambil berkata,
"Nanti, jika kaumku mengikutku, akan aku bawa mereka semua
kepadamu". "Kalau tidak?". "Kalau tidak, aku
sajalah yang akan datang kepadamu, dan duduk denganmu!"
(Al-Bidayah
Wan-Nihayah 6:125; Majma'uz-Zawa'id 8:292)
Islamnya Buraidah
bin Hasib ra.
Dan dari riwayat Ashim Al-Aslami yang dikeluarkan oleh Ibnu Sa'ad
katanya: Apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, beliau singgah
di sebuah kampung bernama Chamim. Beliau bertemu dengan Buraidah
bin Hashib lalu ia diajak Rasulullah SAW untuk memeluk Islam. Buraidah
memeluk Islam bersama-sama dengan penduduk kampungnya, dan jumlah
mereka sangat ramai, semuanya datang dari kurang lebih 80 rumah.
Beliau bermalam di kampung itu, dan bersembahyang Isya' sedang penghuni
kampung itu mengikutnya di belakang.
(Tabaqat Ibnu Sa'ad 4:242) |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar